Peluang Reseller

Jual 12 game belajar
untuk anak 3—12 tahun

Produk digital. Tiada stok, tiada penghantaran.
Bahan iklan disediakan.

RM79HARGA JUAL
43—62%MARGIN ANDA
RM135MODAL MULA

Apa yang anda jual

Dua app, satu pakej. Cuba sendiri sebelum putuskan.

🧮 Kelab Matematik 8 game matematik, Darjah 1—6. 2,860 soalan ikut topik sekolah. Ada laporan untuk ibu bapa tengok topik mana anak lemah.
🧩 Padan Gambar 4 cara main untuk umur 3—6. Setiap soalan bercakap sendiri, jadi anak yang belum tahu membaca boleh main sendiri.
RM79 BAYAR SEKALI · AKSES SEUMUR HIDUP · SEHINGGA 5 PROFIL ANAK
Cuba percuma dulu →

Margin anda

Anda beli kod pada harga borong, jual pada RM79.

Cuba 3 kod
Kos seunitRM45
ModalRM135
Untung seunitRM34
Untung kalau habisRM102
Ambil Pek Cuba — RM135
Aktif Paling popular
Kos seunitRM35
Modal · 10 kodRM350
Untung seunitRM44
Untung kalau habisRM440
Ambil Pek Aktif — RM350
Agen 25 kod
Kos seunitRM30
ModalRM750
Untung seunitRM49
Untung kalau habisRM1,225
Ambil Pek Agen — RM750

Angka di atas ialah kiraan margin, bukan jaminan jualan. Berapa yang habis bergantung pada usaha anda.

Selepas bayar, anda akan dapat nombor rujukan. WhatsApp saya nombor itu dan saya hantar pakej bahan iklan terus.

Cara ia berfungsi

Tiada stok, tiada pos, tiada barang nak simpan.

1 Pilih pakej, bayar modal

Kredit anda direkodkan. Contoh: pakej Aktif = 10 kredit.

2 Promosi guna bahan yang kami bagi

Video, caption, gambar — semua siap. Anda upload je.

3 Dapat pelanggan, WhatsApp kami

Hantar nama dan nombor pelanggan. Kami jana kod dalam masa singkat dan tolak satu kredit.

4 Pelanggan masukkan kod, terus terbuka

Kod sah seumur hidup. Boleh main tanpa internet lepas itu.

Kod dijana satu-satu bila ada pelanggan — bukan diberi dalam satu pek. Itu melindungi anda: tiada orang boleh jual kod yang sama dua kali dan rosakkan pasaran.

Bahan iklan disediakan

Ini bahagian yang paling ramai orang tersangkut.

Ramai orang boleh jual, tapi tak boleh buat video. Saya buat video untuk hidup — itu kerja harian saya. Jadi anda tak perlu buat sendiri.

Perkara yang anda patut tahu dulu

Ini baru mula. Produk sudah siap dan berfungsi, tapi saya belum ada ratusan reseller atau senarai testimoni panjang. Sebab itu harga borong ni rendah, dan sebab itu saya boleh layan anda satu persatu.

Kod dijana manual buat masa ini. Anda WhatsApp saya bila dapat pelanggan. Bila reseller dah ramai, saya akan bina portal supaya anda boleh jana sendiri.

Tiada jaminan pulangan. Sesiapa yang janjikan anda pendapatan tetap sedang menipu. Yang saya boleh janji: produk yang berfungsi, margin yang jelas, dan bahan iklan yang betul.

Dua peraturan

Pendek, dan ada sebabnya.

1. Jual pada RM79. Tidak kurang.

Kalau seorang potong harga, pasaran rosak untuk semua orang termasuk dirinya. Harga sama untuk semua — termasuk saya sendiri di website.

2. Tiada komisen atas merekrut

Anda untung bila ibu bapa betul-betul beli produk. Bukan bila reseller baru masuk. Tiada komisen berlapis, tiada bonus rekrut. Ini perniagaan jual produk, bukan skim.

Soalan lazim

Perlu ada pengalaman jual?

Tidak. Kebanyakan reseller mula dengan share dalam WhatsApp status dan grup ibu bapa. Bahan iklan disediakan, jadi anda tak perlu fikir apa nak tulis.

Kalau kod tak habis jual?

Kredit tak luput. Ia kekal sampai anda guna. Tiada tarikh akhir dan tiada sasaran bulanan.

Boleh jual pada harga sendiri?

Tidak. RM79 untuk semua. Anda boleh bagi bonus sendiri kalau nak, tapi jangan potong harga.

Siapa layan pelanggan kalau ada masalah?

Saya. Pelanggan boleh WhatsApp saya terus untuk masalah teknikal — kod hilang, app tak buka, dan sebagainya. Anda tak perlu jadi support.

Boleh jual di Shopee atau TikTok Shop?

Boleh, asalkan harga kekal RM79. Bagitahu saya dulu supaya kita tak bertembung pada platform yang sama.

Ada refund kalau saya berhenti?

Kredit yang belum guna boleh dipulangkan dalam 14 hari pertama. Selepas itu tiada refund, tapi kredit anda tetap kekal untuk diguna bila-bila masa.

💬 Tanya dulu sebelum bayar Cuba produk percuma dulu

Kelab Matematik oleh FADTEKA · Temerloh, Pahang
Reseller satu tingkat. Pendapatan datang dari jualan produk kepada pengguna akhir, bukan daripada merekrut reseller lain.